Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pra sekolah ialah kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak perhatian, dorongan dan galakan serta sentuhan dengan pujian untuk merangsang meraka untuk lebih bersemangat dalam pelajaran. Ini sudah menjadi tanggungjawab seorang guru pra sekolah, dan sebagai seorang guru pra sekolah, kita hendaklah sentiasa menambah ilmu di dada demi untuk mendidik anak-anak bangsa di peringkat awal ini supaya mereka menjadi insan yang berjasa pada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Sabtu, 30 April 2016
Pengenalan
Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan asas yang penting, ianya merupakan pendidikan awal dalam perhubungan hidup seorang individu selepas pendidikan di rumah. Ianya menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cinta akan ilmu pengetahuan dan suukakan sekolah. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru pra sekolah, saya harus mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan pra sekolah. Sebab itulah saya memilih untuk melanjutkan pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk mengikuti program kdc kemas dan perpaduan dalam bidang pra sekolah. Sara rasa amat bersyukur kerana dengan mengikuti kursus ini diperingkat diploma, saya memperoleh banyak ilmu baru yang saya timba. Selama ini, saya hanyut dengan cara pengajaran saya yang agak ketinggalan, almaklumlah orang lama mengajar mengikut stail lama kerana tidak ada pendedahan kepada perkara yang baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan