Sabtu, 30 April 2016

Video Pengajaran Bahasa Arab



Tema Mingguan: Kawan Saya




Kanak-kanak sedang menyiapkan aktiviti yang ditugaskan




Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja masing-masing



Hasil kerja kanak-kanak

Aktiviti di tabika




Aktiviti berkebun


Kanak-kanak sedang menghasilkan ulat menggunakan sarang telur


Kanak-kanak mempamerkan hasil kerja masing-masing


Pusat kretiviti dan pameran hasil kerja murid-murid





Majlis sambutan hari jadi



Perjumpaan ibu bapa 



Aktiviti PdP sedang berjalan

Kata Aluan

      Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.
   
    Tabika Kemas Perumahan Kusial Bharu merupakan sebuah tabika yang terletak di kawasan luar bandar. Ia merupakan sebuah tabika yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Tabika ini dibina pada tahun 1981. Pada mulanya, kelas tabika berkongsi dengan dewan orang ramai, Tetapi, pada hari ini, Tabika Perumahan Kusial Bharu adalah sebuah bangunan yang selesa dan kondusif. Kawasannya yang lengkap berpagar dan menyediakan permainan untuk kanak-kanak sama ada di luar atau di dalam tabika.

    Saya mula bertugas di tabika ini pada tahun 1981 hingga sekarang. Saya bertugas di tabika ini bersama dengan seorang pembantu masyarakat yang bernama Puan Zarhana Bt Ismail.
 
   Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk sekitar Taman Perumahan Kusial Bharu, keran memberi kepercayaan kepada saya dan pembantu  saya untuk mendidik anak-anak mereka pada peringkat awal persekolahan dan saya berjanji akan memberi sepenuh perhatian dan komitmen dalam mendidik anak-anak bangsa saya dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan agar mereka semua menjadi anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pengenalan

Pendidikan pra sekolah adalah pendidikan asas yang penting, ianya merupakan pendidikan awal dalam perhubungan hidup seorang individu selepas pendidikan di rumah. Ianya menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cinta akan ilmu pengetahuan dan suukakan sekolah. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru pra sekolah, saya harus mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan pra sekolah. Sebab itulah saya memilih untuk melanjutkan pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk mengikuti program kdc kemas dan perpaduan dalam bidang pra sekolah. Sara rasa amat bersyukur kerana dengan mengikuti kursus ini diperingkat diploma, saya memperoleh banyak ilmu baru yang saya timba. Selama ini, saya hanyut dengan cara pengajaran saya yang agak ketinggalan, almaklumlah orang lama mengajar mengikut stail lama kerana tidak ada pendedahan kepada perkara yang baru.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pra sekolah ialah kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak perhatian, dorongan dan galakan serta sentuhan dengan pujian untuk merangsang meraka untuk lebih bersemangat dalam pelajaran. Ini sudah menjadi tanggungjawab seorang guru pra sekolah, dan sebagai seorang guru pra sekolah, kita hendaklah sentiasa menambah ilmu di dada demi untuk mendidik anak-anak bangsa di peringkat awal ini supaya mereka menjadi insan yang berjasa pada keluarga, agama, bangsa dan negara.